12.28.2011

Refleksi


Kekuatan 
Saya berasa murid amat tertarik dengan maujud apabila saya mempamerkan di hadapan mereka. Ini adalah satu cara yang dapat membangkitkan semangat untuk belajar bagi murid yang digunakan pada set induksi. Selain itu, murid juga berminat dengan sejarah di negara kita. Mereka dapat belajar dalam keadaan belajar yang seronok dan berani untuk menjawap soalan saya dengan penuh keyakinan.

Kelemahan 
Murid-murid lemah dalam membuat perbandingan di antara dua cerita asal usul nama Sabah. Saya perlu membimbing mereka semasa mereka membuat perbincangan dalam kumpulan dua orang sekumpulan. 

Penambahbaikan
Saya akan memperbanyakkan aktiviti membuat banding beza supaya murid-murid seimbang daripada menguasai semua kemahiran iaitu menganalisis, membuat inferens, membanding beza, membuat kesimpulan dan sebagainya.
Lampiran 5

                                                                          Cerita 1




Cerita 2

Lampiran 4
Jawab soalan berdasarkan petikan.

1.    Apakah asal usul nama Sabah?
Nama Sabah berasal daripada sejenis pisang yang dikenali sebagai pisang saba.

2.    Mengapakah asal usul nama Sabah berasal daripada pisang?
Ini disebabkan penduduk yang tinggal di pantai timur Sabah banyak menanam pisang saba sebagai sumber makanan.

3.    Apakah asal usul nama Sabah yang lain? Mengapakah?
“Tanah di bawah angin”. Ini kerana ia terlindung daripada angin monsun barat laut.

4.    Dengan perkataan Arab, sebutan “tanah di bawah angin” hampir sama dengan apa?
Sebutan “Zir-e-Bad” hampir sama dengan “Sabah”.
Lampiran 3
Perkataan yang sukar

1. Popular: Terkenal.
Lampiran 2

Asal usul nama Sabah

Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.
Asal usul nama Sabah juga berasal daripada bahasa Arab “Zir-e-Bad” yang bermaksud “tanah di bawah angin” yang terlindung daripada angin monsun barat laut yang sebutannya hampir sama dengan “Sabah”.

Lampiran 1
Pisang

12.27.2011


Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan /
Mencungkil Idea
(3 minit )
Bahan maujud
( pisang)
Rujuk Lampiran 1
1.    Guru menunjukkan sesikat pisang.
2.     Guru membimbing murid menceritakan tentang pisang.
3.    Guru membimbing murid menjawab soalan.
“ Pisang berkaitan dengan mana satu  negeri di Malaysia?”
4.    Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini.

1.    Murid memerhatikan pisang .
2.    Murid memberi respon.
3.    Murid menjawab soalan guru.
( Jawapan murid:
Sabah)

Strategi/ Teknik: Penyoalan seluruh kelas

Bahan:
Pisang
Langkah 1
(8minit)
Petikan
(rujuk Lampiran 2)
1.    Guru memaparkan petikan dengan menggunakan persembahan elektronik.
(rujuk Lampiran 2)
2.    Guru memperkenalkan perkataan yang sukar bagi pelajar.
(rujuk Lampiran 3)
3.    Guru memaparkan peta Asia dan  menunjukkan kedudukan Sabah.
4.    Guru memberi soalan berdasarkan petikan untuk menguji kefahaman murid.
(rujuk petikan 4)
1.    Murid membaca petikan dengan sebutan intonasi yang betul dan lancar.
2.    Murid membaca perkataan yang sukar serta maksudnya.
3.    Murid menjawab soalan secara sukarela.
Nilai-murni:
Berani mencuba
Sumber:
Laptop, LCD Projektor.
Langkah 2
( 10minit)
Bahan-bahan
(rujuk Lampiran 5)
1.    Guru membahagikan murid dalam enam kumpulan.
2.    Guru membekalkan setiap kumpulan kad manila, hard board, gunting dan gam kepada setiap kumpulan.
3.    Murid membuat perbincangan, membuat analisis, mencatat maklumat di atas manila kad dan mengguntingkannya mengikut saiz.
4.    Setiap wakil kumpulan memaparkan hasil kerja mereka dan memperkenalkan asal usul nama Sabah.
5.    Guru memberi galakkan kepada murid.

1.    Murid membuat perbincangan.
2.    Murid berbincang dan mencatat hasil perbincangan.
3.    Wakil kumpulan murid memaparkan hasil kerja dan memperkenalkan asal usul nama Sabah.

Strategi/Teknik/ Model: 
Perbincangan dalam kumpulan, kaedah pembentangan .

Kemahiran berfikir:
Mengelaskan dan  menganalisis

Nilai murni:
Bekerjasama, berbangga terhadap sejarah negara kita.
Aplikasi Idea
(6 minit)
Gambar (rujuk Lampiran 5)

1.    Guru membahagikan murid kepada dua orang dalam satu kumpulan.
2.    Guru membimbing murid membuat perbandingan terhadap hasil kerja dalam langkah yang kedua, iaitu dua jenis  asal usul nama Sabah.
3.    Murid membaca maklumat dan meneliti gambar yang terdapat dalam buku Teks dan mencatat hasil perbincangan.
4.    Guru memberi jadual membuat perbandingan kepada setiap kumpulan. 
5.    Guru berbincang dengan murid.

1.    Murid membuat perbandingan terhadap kedua-dua jenis asal usul nama Sabah.
2.    Murid merujuk gambar dan maklumat untuk membuat catatan dalam jadual.
3.    Murid memberi respon kepada guru.

 Teori:
 Teori Belajar Konstruktivisme

Kemahiran berfikir:
Menghubung    
-kait     

Nilai-murni:
Berani mencuba, bekerjasama

Bahan:
Buku Teks, jadual.

Refleksi/ Penutup
(3 minit)
Rumusan isi pelajaran.

1.    Guru mempersembahkan rumusan sambil meminta murid merumuskan isi pelajaran.


1.    Murid merumuskan isi pelajaran dengan bantuan guru.

Nilai murni: 
Berani mencuba


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAGI KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
Tarikh                                :  30 OKTOBER 2011  
Hari                                   :  Isnin
Masa                                 :   7.30a.m.-8.00a.m.
Kelas                                 :   5B
Bilangan Murid                  :    47 orang
Tema                                 :    7. Sejarah Negara Kita
Topik                                 :    7.2 Sejarah Awal Sabah
Subtopik                            :    a. Asal Usul Nama Sabah
Hasil Pembelajaran                 :    Di akhir sesi pembelajaran ini, pelajar dapat :
1.      Menguasai isi kandungan
a)     Menyatakan asal usul nama Sabah.
b)     Mengisahkan cerita-cerita lagenda tentang    asal usul Sabah.
c)    Membandingkan dan membezakan cerita-cerita lagenda tentang asal usul Sabah.
2.      Kaedah/ Strategi/ Model/ Pendekatan / Teori Pembelajaran:
Berpusatkan guru, murid dan bahan, Kaedah pembentangan, soal jawab, Pendekatan Elektif, Teori Belajar Konstruktivisme
3.      Penerapan nilai murni
Bekerjasama, berani mencuba, berterima kasih,   cinta kepada negara.  
Unsur-unsur Patriotisme         :   Berbangga dengan sejarah Negara sendiri.
Bahan, peralatan dan bahan sumber :   Laptop, LCD Projektor,
Kemahiran Berfikir                     :   Menghubungkait.
Kecerdasaan Pelbagai        :   Verbal- linguistik
Kajian Masa Depan                   :   Murid akan mengkaji asal usul nama tempat tinggal mereka.

12.12.2011

Refleksi RPH Kajian Tempatan - Pengasasan Melaka

            Objektif pengajaran bagi pengajaran ini tercapai kerana murid-murid dapat menceritakan peristiwa pembukaan Melaka. Selepas membuat perbincangan dan aktiviti kumpulan iaitu menandakan dan melabelkan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka, wakil kumpulan dapat menceritakan peristiwa pembukaan Melaka dan menerangkan Parameswara sebagai pengasas Melaka. 
             Merujuk kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), kerajaan menekankan penggunaan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran serta berpusatkan pelajar. Antaranya yang disarankan lebih banyak eksperimen, perbincangan, lawatan dan penyelesaian masalah, saya menggunakan aktiviti perbincangan dalam Langkah yang kedua. 

Kekuatan:  
Murid-murid terlibat secara aktif semasa perbincangan kumpulan. Ketika murid membuat perbincangan dalam kumpulan, saya berjalan dan memantau murid di setiap penjuru kelas. Melalui pemantauan kelas, didapati kerjasama antara murid telah dipupuk dan mereka berani untuk keluar ke hadapan kelas untuk membuat penerangan terhadap hasil kerja dan perbincangan mereka. Selain itu, saya juga berjaya menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmoni bagi meransang minat murid dan menghasilkan keseronokan serta mencabar kebolehan murid untuk mengembangkan potensi mereka mengaitkan isi pelajaran dengan mempersembahkan lakonan. Kemahiran berkomunikasi juga wujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Kelemahan:  
Semasa pengajaran, masa tamat dalam pengajaran tidak seiring dengan masa yang dirancang. Tetapi saya tidak membuat sebarang perubahan walaupun masa tamat saya adalah dua puluh lapan minit lima puluh tiga saat. Ini kerana objektif pengajaran saya telah tercapai. Tambahan pula pembelajaran yang dilaksanakan adalah bermakna kerana melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang dan menganalisis bagi mengembangkan minda pelajar.  

Penambahbaikan:
Untuk mempertingkatkan kualiti pelajaran ini, saya boleh merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik, bukan sekadar menggambarkan sepintas lalu isi kandungan. Saya boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasarkan pengalaman pembelajaran tersebut, rumusan boleh dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan. 
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan mengedarkan enam keping gambar sejarah pengasasan Melaka yang telah dipotong kepada kepingan kecil dalam perkembangan isi pelajaran Langkah Satu. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan, setiap kumpulan mencantumkan satu gambar yang berlainan. Kemudian wakil kumpulan mengambil kepingan gambar yang telah siap dicantum di hadapan kelas. Murid-murid pula menyusun gambar-gambar mengikut urutan masing-masing. Guru membetulkan kesilapan murid. Selepas itu, guru menggunakan kaedah soal jawab untuk membimbing murid memahami isi dalam kepingan gambar. Langkah yang kedua pula, murid juga dibahagikan kepada enam kumpulan juga. Setiap kumpulan dikehendaki membincang tentang sejarah pengasasan Melaka. Kemudian setiap wakil kumpulan membentang hasil perbincangan mereka. Guru pula sebagai pembimbing. 
Bagi langkah yang seterusnya, murid melakarkan peta dan menandakan dan melabelkan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka. Untuk penutup pula, penilaian dijalankan ke atas isi pelajaran yang telah dipelajari. Saya memilih langkah pengajaran tersebut kerana pengajaran yang berpusatkan murid dapat memupuk minat murid terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti dalam perbincangan, menganalisis dan sebagainya. Ini akan menghasilkan modal insan yang dilengkapi dengan ciri-ciri kreativiti, kritikal dan inovatif. 
Langkah-langkah perkembangan isi pelajaran bermula dari mudah kepada yang lebih kompleks, langkah-langkah disusun dengan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai seiring dengan kemampuan serta menarik minat murid untuk terus menghayati ilmu yang sedang diterokai. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dengan berkesan mengikut masa yang telah ditetapkan. Pemantauan dan penilaian dilaksanakan agar tidak menyimpangjauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat menguasai objektif pelajaran yang ditetapkan. 
Akhir sekali, saya melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran bukan dinilai dari segi sukatan pelajaran yang dapat dihabiskan. Sekiranya terdapat murid yang gagal dalam ujian ini, guru menjalankan aktiviti pemulihan.

12.10.2011

Ringkasan perjalanaan Parameswara dari Palembang ke Melaka.


                                                Palembang--------->Temasik --
                                                                                       I
                                                                                       I
                                                                                       I
                                                                                      V
                                                  Melaka       < -------  Muar



Gambar 1: Parameswara dan pengikutnya sedang berburu.






Gambar 2: Anjing buruan Parameswara ditendang oleh pelanduk ke dalam sungai.


















Gambar 3:  Parameswara berasa gagaknya pelanduk itu.



















Gambar 4: Paraeswara mengambil nama pokok Melaka yang tempat baginda bersandar semasa berehat.





Peta Perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
Guru menceritakan tentang sejarah penubuhan Melaka.



Sejarah Penubuhan Melaka

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang, Sumatera telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14.

Pada tahun 1390, Parameswara telah berkahwin dengan seorang puteri Maharaja Majapahit dan menjadi pendukung setia kepada bapa mertuanya. Tidak lama kemudian, baginda telah ditumpaskan oleh Majapahit, dan telah melarikan diri ke Temasik (Singapura) untuk mencari perlindungan.  Temasik yang pada ketika itu diperintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu. Beberapa hari kemudian, baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Parameswara telah memerintah Singapura selama lima tahun dengan cara pemerintahan seumpama seorang ketua lanun.



Tidak lama kemudian, baginda diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam. Pada tahun 1396, baginda dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya,  maka Parameswara menamakan tempat itu sebagai "Melaka".
Jawab soalan berdasarkan video tersebut.



1.    Siapakah Parameswara?

2.  Mengapakah Parameswara melarikan diri ke Temasik?
     
3. Setelah tiba di Sungai Bertam, apakah kejadian berlaku?

4. Apakah  asal usul nama Melaka?
 Perkataan yang sukar





Perkataan
Penerangan
1.merebut takhta
Mendapatkan kedudukan diraja dengan kekerasan
2. ditumpaskan
Dimusnahkan, habis rosak seluruhnya.
3.mengistiharkan
Mengumumkan.
4.diusir
Dihalau.
5.mengundurkan diri
Meninggalkan sesuatu tempat.
6.kegagahan
Keupayaan.