Sejarah Penubuhan Melaka
Melaka amat dikenali
kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera
raja dari Palembang, Sumatera telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada
akhir abad ke-14.
Pada tahun 1390, Parameswara telah berkahwin dengan seorang puteri Maharaja Majapahit dan menjadi pendukung setia kepada bapa mertuanya. Tidak lama kemudian, baginda telah ditumpaskan oleh Majapahit, dan telah melarikan diri ke Temasik (Singapura) untuk mencari perlindungan. Temasik yang pada ketika itu diperintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu. Beberapa hari kemudian, baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Parameswara telah memerintah Singapura selama lima tahun dengan cara pemerintahan seumpama seorang ketua lanun.
Tidak lama kemudian,
baginda diusir dari Temasik oleh
penjajah dari Siam. Pada tahun 1396, baginda dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan
kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan
muara sungai Melaka.
Semasa berburu di
muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk
menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik
dengan kegagahan pelanduk itu lalu
beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas
menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, maka Parameswara menamakan tempat itu sebagai "Melaka".
没有评论:
发表评论