Nama: Siah Li Mei No.matrik: D20102044640 EL-J11 Blog ini mengandungi maklumat mengenai mata pelajaran Kajian Tempatan tahun 5 yang saya ajar pada tahun 2011.
12.28.2011
12.27.2011
Fasa
|
Isi
Kandungan
|
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Nota
|
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Permulaan
/
Mencungkil
Idea
(3 minit
)
|
Bahan maujud
( pisang)
Rujuk Lampiran 1
|
1.
Guru
menunjukkan sesikat pisang.
2.
Guru membimbing murid menceritakan tentang pisang.
3.
Guru membimbing murid menjawab soalan.
“ Pisang berkaitan dengan mana satu negeri di Malaysia?”
4.
Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini.
|
1.
Murid
memerhatikan pisang .
2.
Murid
memberi respon.
3.
Murid menjawab soalan guru.
( Jawapan murid:
Sabah)
|
Strategi/ Teknik: Penyoalan seluruh kelas
Bahan:
Pisang
|
Langkah 1
(8minit)
|
Petikan
(rujuk Lampiran 2)
|
1.
Guru memaparkan petikan dengan menggunakan
persembahan elektronik.
(rujuk Lampiran 2)
2.
Guru memperkenalkan perkataan yang sukar bagi
pelajar.
(rujuk Lampiran 3)
3.
Guru memaparkan peta Asia dan menunjukkan kedudukan Sabah.
4.
Guru memberi soalan berdasarkan petikan untuk
menguji kefahaman murid.
(rujuk petikan 4)
|
1.
Murid membaca petikan dengan sebutan intonasi
yang betul dan lancar.
2.
Murid membaca perkataan yang sukar serta
maksudnya.
3.
Murid menjawab soalan secara sukarela.
|
Nilai-murni:
Berani mencuba
Sumber:
Laptop, LCD
Projektor.
|
Langkah 2
( 10minit)
|
Bahan-bahan
(rujuk Lampiran 5)
|
1.
Guru membahagikan murid dalam enam kumpulan.
2.
Guru membekalkan setiap kumpulan kad manila, hard
board, gunting dan gam kepada setiap kumpulan.
3.
Murid membuat perbincangan, membuat analisis,
mencatat maklumat di atas manila kad dan mengguntingkannya mengikut saiz.
4.
Setiap wakil kumpulan memaparkan hasil kerja
mereka dan memperkenalkan asal usul nama Sabah.
5.
Guru memberi galakkan kepada murid.
|
1. Murid membuat perbincangan.
2. Murid berbincang dan mencatat hasil perbincangan.
3. Wakil kumpulan murid memaparkan hasil kerja dan
memperkenalkan asal usul nama Sabah.
|
Strategi/Teknik/ Model:
Perbincangan dalam kumpulan, kaedah pembentangan .
Kemahiran berfikir:
Mengelaskan dan menganalisis
Nilai murni:
Bekerjasama,
berbangga terhadap sejarah negara kita.
|
Aplikasi Idea
(6 minit)
|
Gambar (rujuk Lampiran 5)
|
1.
Guru
membahagikan murid kepada dua orang dalam satu
kumpulan.
2.
Guru membimbing murid membuat perbandingan
terhadap hasil kerja dalam langkah yang kedua, iaitu dua jenis asal usul nama Sabah.
3.
Murid membaca maklumat dan meneliti gambar yang
terdapat dalam buku Teks dan mencatat hasil perbincangan.
4.
Guru memberi jadual membuat perbandingan kepada
setiap kumpulan.
5.
Guru berbincang dengan murid.
|
1. Murid membuat perbandingan terhadap kedua-dua jenis
asal usul nama Sabah.
2. Murid merujuk gambar dan maklumat untuk membuat
catatan dalam jadual.
3. Murid memberi respon kepada guru.
|
Teori:
Teori
Belajar Konstruktivisme
Kemahiran berfikir:
Menghubung
-kait
Nilai-murni:
Berani mencuba, bekerjasama
Bahan:
Buku Teks, jadual.
|
Refleksi/
Penutup
(3
minit)
|
Rumusan isi pelajaran.
|
1.
Guru
mempersembahkan rumusan sambil meminta murid merumuskan isi pelajaran.
|
1. Murid merumuskan isi pelajaran dengan bantuan guru.
|
Nilai murni:
Berani mencuba
|
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAGI KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
Tarikh : 30 OKTOBER
2011
Hari : Isnin
Masa : 7.30a.m.-8.00a.m.
Kelas
: 5B
Bilangan Murid : 47 orang
Tema : 7. Sejarah Negara Kita
Topik : 7.2 Sejarah Awal Sabah
Subtopik
: a. Asal Usul Nama Sabah
Hasil
Pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, pelajar dapat :
1. Menguasai
isi kandungan
a)
Menyatakan asal usul nama
Sabah.
b)
Mengisahkan cerita-cerita
lagenda tentang asal usul Sabah.
c)
Membandingkan dan membezakan cerita-cerita lagenda tentang asal usul
Sabah.
2.
Kaedah/ Strategi/ Model/ Pendekatan / Teori Pembelajaran:
Berpusatkan
guru, murid dan bahan, Kaedah pembentangan, soal jawab, Pendekatan Elektif,
Teori Belajar Konstruktivisme
3.
Penerapan nilai
murni
Bekerjasama, berani mencuba, berterima kasih, cinta kepada negara.
Unsur-unsur Patriotisme : Berbangga dengan sejarah Negara sendiri.
Bahan, peralatan dan bahan sumber : Laptop, LCD Projektor,
Kemahiran
Berfikir : Menghubungkait.
Kecerdasaan
Pelbagai :
Verbal- linguistik
Kajian
Masa Depan : Murid akan mengkaji asal usul nama tempat
tinggal mereka.
12.12.2011
Refleksi RPH Kajian Tempatan - Pengasasan Melaka
Objektif pengajaran bagi pengajaran ini tercapai kerana murid-murid dapat menceritakan peristiwa pembukaan Melaka. Selepas membuat perbincangan dan aktiviti kumpulan iaitu menandakan dan melabelkan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka, wakil kumpulan dapat menceritakan peristiwa pembukaan Melaka dan menerangkan Parameswara sebagai pengasas Melaka.
Merujuk kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), kerajaan menekankan penggunaan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran serta berpusatkan pelajar. Antaranya yang disarankan lebih banyak eksperimen, perbincangan, lawatan dan penyelesaian masalah, saya menggunakan aktiviti perbincangan dalam Langkah yang kedua.
Kekuatan:
Murid-murid terlibat secara aktif semasa perbincangan kumpulan. Ketika murid membuat perbincangan dalam kumpulan, saya berjalan dan memantau murid di setiap penjuru kelas. Melalui pemantauan kelas, didapati kerjasama antara murid telah dipupuk dan mereka berani untuk keluar ke hadapan kelas untuk membuat penerangan terhadap hasil kerja dan perbincangan mereka. Selain itu, saya juga berjaya menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmoni bagi meransang minat murid dan menghasilkan keseronokan serta mencabar kebolehan murid untuk mengembangkan potensi mereka mengaitkan isi pelajaran dengan mempersembahkan lakonan. Kemahiran berkomunikasi juga wujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Kelemahan:
Semasa pengajaran, masa tamat dalam pengajaran tidak seiring dengan masa yang dirancang. Tetapi saya tidak membuat sebarang perubahan walaupun masa tamat saya adalah dua puluh lapan minit lima puluh tiga saat. Ini kerana objektif pengajaran saya telah tercapai. Tambahan pula pembelajaran yang dilaksanakan adalah bermakna kerana melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang dan menganalisis bagi mengembangkan minda pelajar.
Penambahbaikan:
Untuk mempertingkatkan kualiti pelajaran ini, saya boleh merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik, bukan sekadar menggambarkan sepintas lalu isi kandungan. Saya boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasarkan pengalaman pembelajaran tersebut, rumusan boleh dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan.
Untuk mempertingkatkan kualiti pelajaran ini, saya boleh merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik, bukan sekadar menggambarkan sepintas lalu isi kandungan. Saya boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasarkan pengalaman pembelajaran tersebut, rumusan boleh dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan.
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan mengedarkan enam keping gambar sejarah pengasasan Melaka yang telah dipotong kepada kepingan kecil dalam perkembangan isi pelajaran Langkah Satu. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan, setiap kumpulan mencantumkan satu gambar yang berlainan. Kemudian wakil kumpulan mengambil kepingan gambar yang telah siap dicantum di hadapan kelas. Murid-murid pula menyusun gambar-gambar mengikut urutan masing-masing. Guru membetulkan kesilapan murid. Selepas itu, guru menggunakan kaedah soal jawab untuk membimbing murid memahami isi dalam kepingan gambar.
Langkah yang kedua pula, murid juga dibahagikan kepada enam kumpulan juga. Setiap kumpulan dikehendaki membincang tentang sejarah pengasasan Melaka. Kemudian setiap wakil kumpulan membentang hasil perbincangan mereka. Guru pula sebagai pembimbing.
Bagi langkah yang seterusnya, murid melakarkan peta dan menandakan dan melabelkan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka. Untuk penutup pula, penilaian dijalankan ke atas isi pelajaran yang telah dipelajari.
Saya memilih langkah pengajaran tersebut kerana pengajaran yang berpusatkan murid dapat memupuk minat murid terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti dalam perbincangan, menganalisis dan sebagainya. Ini akan menghasilkan modal insan yang dilengkapi dengan ciri-ciri kreativiti, kritikal dan inovatif.
Langkah-langkah perkembangan isi pelajaran bermula dari mudah kepada yang lebih kompleks, langkah-langkah disusun dengan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai seiring dengan kemampuan serta menarik minat murid untuk terus menghayati ilmu yang sedang diterokai. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dengan berkesan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Pemantauan dan penilaian dilaksanakan agar tidak menyimpangjauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat menguasai objektif pelajaran yang ditetapkan.
Akhir sekali, saya melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran bukan dinilai dari segi sukatan pelajaran yang dapat dihabiskan. Sekiranya terdapat murid yang gagal dalam ujian ini, guru menjalankan aktiviti pemulihan.
订阅:
博文 (Atom)
